Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi remaja Haqiem Rusli yang lagunya pasti meletup setiap kali dikeluarkan. Kali ini adiknya pula, mengikut jejak langkahnya iaitu Zali Rusli, yang baru berusia 15 tahun kini menceburi bidang nyanyian pula dan akan membuat kemunculan sulung menerusi single Pewangi, tepat jam 8 malam ini.
https://www.instagram.com/p/CFzeXI5npcD/
Mengikut jejak langkah abangnya, Zali yang merupakan anak bongsu dari 4 beradik ini selalu mengikuti dan menonton persembahan Haqiem, dari situ sedikit sebanyak Zali menyimpan hasrat untuk berkongsi pentas bersama abangnya.
Dalam pada itu, Zali turut mendapat sokongan dan galakan dari keluarganya, terutama Haqiem yang memberi sokongan sepenuhnya kepada Zali untuk melangkahkan kaki sebagai anak seni tetapi harus memberi tumpuan juga pada pelajaran. Bagaimanapun, akui Haqiem dia turut merasa debaran apabila single pertama adiknya telah mula dimuat naik di semua platform bermula semalam.
“Harapan saya untuk Zali, semoga dia dapat belajar benda-benda yang baru dalam industri muzik Malaysia sebab dia sangat muda dan saya beri galakan untuk menjadi seorang penghibur sebab benda yang positif bukan? kita hiburkan orang, hiburkan peminat dan buat orang gembira”
“Dalam masa yang sama, dia juga boleh belajar dalam bidang muzik dan bidang pembuatan lagu. Pada usia muda seperti dia, bagi saya galakan yang bagus dan harapan saya lagu yang keluar ini merupakan permulaan untuk dia muncul dalam industri muzik Malaysia” – kata Haqiem
Apa yang lebih menarik, single sulung berjudul Pewangi ini, adalah ciptaan Haqiem sendiri khas untuk adiknya, dan Haqiem meletakkan harapan yang tinggi pada lagu tersebut.
Jelasnya lagi, dia turut berharap agar pendengar tidak membandingkan dirinya dengan Haqiem kerana menurut Zali beliau menyampaikan lagu ini dengan cara nyanyiannya sendiri walaupun lagu tersebut dicipta oleh abangnya.
Awhh, all the best Zali!
Post comments (0)