Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Golongan Kayangan Takpe Kot” Langgar SOP Buat Majlis Tunang, Elisya Sandha Terus Diserang

today3 February 2021

Background

Umum pasti sudah mengetahui bahawa pasangan pengarah dan penerbit Sheila Rusly serta Jinggo akan menerima menantu tidak lama lagi apabila anak sulungnya, iaitu Uzair Haqimy telah mengikat tali pertunangan bersama dengan pelakon Elisya Sandha.

Majlis pertunangan yang diadakan pada 31 Januari lalu telah dihadiri oleh keluarga terdekat Elisya dan Uzair sendiri tanpa jemputan yang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Tumpang gembira dengan berita tersebut, ramai peminat memberikan ucapan tahniah kepada Elisya di posting IGTV miliknya serta mendoakan semoga urusannya untuk membina masjid dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.

Namun lain pula yang terjadi di laman Twitter apabila posting foto Elisya bersama dengan Uzair atau lebih mesra disapa dengan panggilan Haq itu telah menerima banyak kecaman daripada warganet.

Sebab utama mengapa ramai yang menyerangnya ialah seperti yang kita maklum, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebarang majlis keramaian tidak dibenarkan sama sekali dan ia juga termasuk majlis pertunangan.

Disebabkan itu ramai yang tertanya-tanya mengapa majlis pertunangan Elisya dan Haq dapat dilakukan secara terang-terangan walaupun perkara itu sudah diketahui salah semenjak mula tempoh PKP lagi.

Dalam masa yang sama, ramai warganet turut meminta agar pihak berwajib mengambil tindakan atas perkara tersebut.

Turut jelas kelihatan menerusi semua foto yang dikongsikan, mereka tidak memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial seperti yang sepatutnya.

Sehingga hari ini, laman Twitter terus dihujani dengan tanda tanya daripada warganet mengenai isu tersebut namun pihak Elisya dan Sheila sendiri masih tidak memberi sebarang penjelasan mengenainya.

Mungkin kerana mereka ialah golongan selebriti, sebab itu mengapa banyak tumpuan diberikan ditambah pula majlis tersebut turut mendapat perhatian ramai.

Baca juga artikel sebelum ini:

Muat Naik Foto Solat Jemaah, Elisya Sandha Kini Tunangan Anak Sheila Rusly

Sumber foto: Twitter dan Instagram

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Lelaki Ini ‘Murung’ Selepas Terpaksa Pinjam Kereta Anak Buah Dipenuhi Patung Lilo & Stitch

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi muka lelaki berkenaan bersama patung-patung tersebut. Malah, ada yang turut berkongsi tentang kereta mereka dan perhiasan di dalamnya.Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 7.4K likes, 4K comments dan 12K shares di laman Facebook.Berikut adalah komen-komen menarik daripada netizen di Facebook:

today3 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *