Nama pengarah dan penulis, arwah Yasmin Ahmad masih lagi diingati terutama penggiat industri hiburan tanah air.
Karyanya disebut-sebut sebagai buah tangan yang bermakna untuk dihayati.
Pada 7 Januari 2021, pelakon Syafie Naswip telah berkongsi satu video berinspirasi tentang arwah.
View this post on Instagram
Melalui caption:-
“Happy Birthday Mak!
Yup kita tiada apa,
Kita hanya usahakan,
Selebihnya hanya milik DIA.
Tq for reminder ❤️”
7 Januari adalah merupakan hari ulangtahun kelahiran arwah.
Di kesempatan itu, Syafie yang pernah bekerjasama dengan arwah semasa hayatnya, membuat hantaran tersebut.
Antara yang terkandung dalam video berkenaan, arwah menyatakan pemilihan pelakon yang dilihat melalui karisma.
Antara nama yang disebut ialah pelakon Sharifah Amani, dilihatnya sebagai seorang yang mempunyai karisma yang tersendiri.
Selain itu, arwah menyatakan bahawa dirinya lebih gemar untuk menjadi pemerhati dalam berkarya.
Sesungguhnya setiap kata-kata yang dituturkan dalam video tersebut jelas menunjukkan personalitinya yang merendah diri dan menghormati orang lain.
Kami di Hot FM ingin mengajak anda untuk sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Yasmin Ahmad.
Baca artikel berkaitan: Syafie Naswip Terima Ugutan Santau Melalui DM Instagram
Sumber: Instagram Syafie Naswip
Post comments (0)