Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Haziq Hussni Kongsi Keputusan Ujian Covid-19 Kali Kedua

today1 December 2020

Background

Isu Covid-19 dalam industri hiburan masih lagi diperkatakan sejak penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar disahkan positif wabak itu dan masih lagi menerima rawatan.

Antara yang menjadi kontak rapat Alif Satar ialah penyampai Hot FM iaitu Haziq Hussni.

Haziq sebelum ini telah membuat swab test pertama pada hari sama Alif mengumumkan dirinya positif Covid-19, dan keputusan untuk Haziq pada waktu itu adalah negatif.

Pada 1 Disember 2020, Haziq telah memuat naik satu perkongsian di Instagram.

Melalui hantaran tersebut, Haziq memberitahu bahawa ujian Covid-19 kali kedua yang dilakukannya setelah 12 hari menjadi kontak rapat Alif, turut memberi keputusan negatif.

Alhamdulillah!

Menurut Haziq, dia akan cukupkan tempoh kuarantin selama 14 hari dan berterima kasih kepada semua yang mendoakannya.

 

Baca artikel berkaitan: Swab Test Covid-19 Pengacara SFMM 35 Negatif, Sherry Dan Haziq Teruskan Kuarantin

Sumber: Instagram Haziq Hussni

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

“Saya Selekeh, Tak Pandai Layan Suami”- Punca Wanita Ini Bercerai Buat Netizen Naik Angin

Menurut penjual tersebut, wanita itu pada mulanya memberitahu untuk hold barang yang dia beli lagi sebulan.Namun, selepas sebulan dia tiba-tiba mesej penjual itu dan memberitahu sebenarnya dia sudah bercerai bersama suaminya disebabkan alasan yang tidak masuk akal."Sebenarnya saya dah bercerai sebelum sempat saya betulkan kekurangan saya. It is too late for me, saya selekeh dan tak pandai layan suami. Baru sekarang saya ada kekuatan nak cakap pada sis. InshaAllah ada hikmah […]

today1 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *