Seorang demi seorang selebriti, orang ternama, termasuk rakyat marhaen yang membantu berikan bantuan terutama kepada mereka yang terkesan kerana banjir yang berlaku di Malaysia baru-baru ini.
Antara salah seorang yang tidak terlepas dari memberi bantuan adalah pelakon jelita, Azar Azmi.
Perkara itu dikongsikan di laman Instagram beliau yang kini sedang mengikuti Misi Bantuan Banjir YAM Tengku Azlan di Raub, Pahang.
View this post on Instagram
Menulis di ruangan kapsyen :
“Misi bantuan banjir Raub Pahang
Alhamdulillah semua barangan yang diamanahkan untuk misi bantuan banjir 5.0 telah selamat diserahkan semalam. Alhamdulillah.Misi bantuan banjir 6.0 pada hari Sabtu 06.02.2021 Insyaallah
Kepada yang ingin memberi sumbangan dalam bentuk barangan boleh whatsapp ke talian 0133662616
Ataupun dalam berbentuk wang,
Maybank
155 015 128 712
Azar Ameerah AzmiJunjung kasih YM Tengku Aslahuddin bin YAM Tan Sri Tengku Azlan mencemar duli bersama-sama turun padang untuk Misi Bantuan Banjir YAM Tengku Azlan pada 30.01.2021.
@tengkual
@ashrafmuslim
@mohdhazreenmohdsapri
@snowybyazarazmi
Polis Diraja Malaysia
Unit Berkuda FRU PDRMThank you ?”
Menurut Azar, bantuan telah pun diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di Raub dan misi seterusnya akan diteruskan pada 6 Februari 2021.
Malah, bukan Azar sahaja, Ashraf Muslim juga dilihat turut sama mengikuti misi tersebut.
Meninjau di ruangan komen, ramai warganet serta pengikut di Instagram memuji tindakan beliau.


Terbaik lah Azar! Semoga dipermudahkan urusan memberi bantuan.
Sumber: Instagram Azar Azmi
Post comments (0)