Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Ikut Turun Padang Beri Bantuan Banjir, Shuib Terima Pujian Ramai!

today6 January 2021

Background

Keadaan banjir yang sedang melanda negara amat membimbangkan susulan ramai yang hilang tempat tinggal dan punca pendapatan.

Bayangkanlah tempat tinggal kita yang sudah didiami bertahun lamanya ranap sekelip mata.

Banjir di enam negeri, lebih 16,500 mangsa dipindahkan

Banyak kos yang perlu dikeluarkan untuk membaik pulih rumah dan barang-barang keperluan lain.

Tetapi di sebalik kesulitan yang dialami, ada juga insan-insan yang baik hati membantu mereka yang terkesan dengan banjir kilat ini.

Antaranya pelawak, pelakon dan penyampai radio Hot FM iaitu Shuib yang memuat naik satu video di laman Instagram miliknya, memberi bantuan kepada penduduk di Kuala Lipis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Pelawak itu dilihat memuat naik hantaran video berkenaan dengan kapsyen ringkas :

“Alhamdulillah misi bantuan banjir dr @bubblebeemalaysia_hq selesai harini. Terima kasih @daniar_ismail juga rakan2 di Lipis kerana byk membantu menyampaikan bantuan. Semoga mereka yg terkesan dgn banjir dipermudahkan segala urusan,dimurahkan rezeki juga di pelihara Allah swt”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut di laman Instagram Shuib turut memuji usaha beliau dan mendoakan dirinya sekeluarga dimurahkan rezeki.

Bak kata orang dulu-dulu, dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain. Tak salah pun kalau berkongsi!

 

Sumber: Instagram Shuib 

Written by: Fieyna Azman


Previous post

BeFunky-collage (38) (1)

Sosial

Serendah 1 Meter Sahaja, Terowong Ini Tetap Jadi Laluan Utama Di Indonesia Sehingga Kini

Umum mengetahui bahawa terowong merupakan jalan bawah tanah yang dikorek dan dijadikan laluan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya di kawasan bandar. Di samping itu, terowong juga dibina bagi laluan yang perlu menembusi kawasan bukit atau pergunungan. Setiap terowong dibina semestinya ada fungsi dan sebab-sebabnya tersendiri. Pelik dan unik, tahukah anda akan kisah terowong di Jawa Tengah, Indonesia yang dibina sempit serta terlalu rendah namun masih menjadi dijadikan... Klik sini […]

today6 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *