Sebelum ini mungkin ada yang tahu bahawa hubungan antara pengacara Azwan Ali dan pengarah Micheal Ang tidak la begitu baik.
Tetapi nampaknya itu semua itu sudah berakhir yang mana pada 18 November, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu telah memuat naik video pendeknya bersama dnegan Michael yang kelihatan sangat mesra.
View this post on Instagram
Lebih mencuit hati apabila Diva AA sempat mengusik Michael Ang untuk berlakon dalam drama terbitannya.
Bersama Diva ialah musuh ketat aku, Divo Michael Ang, diorang suruh aku maki ko! Ko buat drama tak pernah ajak aku! Bagi la watak kena rogol dalam semak hahaha!
Rata-rata netizen gembira melihat kemesraan mereka yang tidak lagi bergaduh seperti sebelum ini.

Tapi rasanya sebelum ini mereka hanya gaduh-gaduh manja sahaja, buktinya kini mereka seperti tiada masalah macam yang diperkatakan dulu.
Nampaknya sekarang Diva AA sudah diminati ramai selepas dia muncul di dalam program Lagu Cinta Kita musim kedua sehingga ada yang mahukan Diva AA menjadi pengacara sehingga ke akhir rancangan.

Tak sabar nak tengok Diva AA mengacara program lain pula.
Post comments (0)