Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

” Ingatkan Channel National Geographic” Panik, Zizan Razak Gagal Selamatkan Ular Sawa ‘Khatulistiwa’

today2 January 2021

Background

“Ular sawa ni sangat besar, dia nak melintas jalan susah nak selamatkan ni. Ini jenis ular Khatulistiwa.”

Sekali tengok video yang dimuat naik oleh pengacara Zizan Razak ini, tak tahu nak tumpang kesian atau gelak sekali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Mana tidaknya, Zizan yang memang terkenal dengan sikap lawaknya itu telah kongsikan satu video pendek menunjukkan keletahnya cuba untuk menyelamatkan seekor ular yang tersesat di atas jalan raya.

“OMG! You so big, why you stop there? Tepi guys tepi, besar tau guys Zizan nak datang dekat pun tak berani tau.”

Bertambah lucu apabila haiwan replitia tersebut digelar sebagai ular ‘khatulistiwa’ ya.

Niat baik Zizan untuk menyelamatkan haiwan tersebut gagal apabila akhirnya ular berkenaan akhirnya dilanggar oleh kereta yang lalu lalang.

Walaupun sudah berusaha untuk memberi signal supaya pemandu lain berhati-hati, cubaan itu gagal kerana keadaan jalan raya yang gelap membuatkan pemandu lain tidak sempat untuk mengelak daripada melanggar ular berkenaan.

Rata-rata komen yang ditinggalkan berasa terhibur melihat gelagat Zizan namun masih memuji niat baik pelakon filem Polis Evo itu.

Diharapkan sifat prihatin Zizan ini dapat dicontohi oleh kita semua.

Sumber video dan foto: Instagram Zizan Razak

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage – 2021-01-02T112125.678

Sosial

Frontliner Kecewa Ramai Keluar Sambut Tahun Baru Ketika Pandemik Di Paras Tertinggi

2020 telah pun selamat meninggalkan kita sejak beberapa hari yang lalu setelah memberikan pelbagai detik dan peristiwa yang pasti tidak akan dapat dilupakan-seperti penularan pandemik COVID-19 dan beberapa siri perintah kawalan pergerakan yang pertama kalinya berlangsung dalam sejarah negara kita. Namun begitu, tatkala pandemik masih lagi berada di paras bahaya dan pelbagai saranan diberikan pihak berkuasa untuk menghentikan penularan, masih terdapat segelintir dalam kalangan kita yang... Klik sini untuk baca […]

today2 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *