Aktif dalam pengacaraan, lakonan dan nyanyian, nama Elly Mazlein tidak perlu diperkenalkan lagi.
Gaya bersahaja beliau sentiasa menjadi tarikan buat peminat yang mengikuti perkembangannya.
Pada 1 April 2021, Elly telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Beliau menulis pada ruangan caption:-
“Tiada istilah anak Emas mana² Station tv .. Usaha, hargai peluang ,buat yg sehabis baik ,tawakal & yg paling Benar, Semuanya dari Dia .. InsyaAllah Allah susun baik² utk kita semua ..
Rezki ada dimana mana .. hanya cepat & lambat .. Apapun kekal usaha & semangat ?⚘”
Menjelaskan tentang rezeki, Elly berkongsi tentang sikap yang perlu ada pada seseorang, dan mesti percaya kepada aturan daripada Allah.”
Bagaimanapun, Elly seakan-akan memberi gambaran bahawa dirinya akan berhenti daripada dunia hiburan.
“Kepom pun da x lama da dlm industry .. kepom nak jaga family dan cuba jd insan yg lbih baik InsyaAllah ❤❤❤”
Sementara itu, perkongsian beliau turut mendapat perhatian ramai.

Apapun perancangan Elly, semoga semuanya sentiasa dipermudahkan.
Baca artikel berkaitan: “Saya Sebagai Mak Hidup Tertekan…” Elly Mazlein Dedah Perasaan Di Instagram
Sumber: Instagram Elly Mazlein