Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Ini Rahsia Kejayaan Dia…” Haqiem Rusli ‘Curi Masa’, Solat Dulu Sebelum Majlis Bermula

today21 December 2020

Background

Solat merupakan kewajipan buat umat Islam tidak kira di mana jua mereka berada.

Walaupun sedang menghadiri majlis anugerah, penyanyi berbakat besar Haqiem Rusli tetap tidak meninggalkan kewajipannya untuk menunaikan solat.

Tidak pasti menunaikan solat fardhu Maghrib atau Isyak tetapi Haqiem nampak seperti sedang bersiap sebelum acara bermula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AQO IMRAN © (@aqoimran)

Video pendek itu telah dikongsikan oleh seorang jurufoto iaitu Aqo Imran pada 20 Disember yang lepas.

Ramai peminat memuji sifat bertanggungjawab Haqiem dalam melaksanakan tugasnya untuk menunaikan solat.

Sebelum ini, sekitar tahun 2018 turut pernah tular sekeping foto menunjukkan Haqiem sedang menunaikan solat di belakang pentas.

Ketika itu foto tersebut telah diambil dan disebarkan oleh salah seorang peminatnya sendiri tanpa pengetahuannya.

Mungkin ini sememangnya rahsia kejayaan Haqiem selama ini kan?

Sumber foto: Instagram Aqo Imran dan URTV

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

azz1819-nphl-sungai-buloh

Sosial

Mutasi Baharu COVID-19 Dilaporkan Mudah Berjangkit, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

United Kingdom baru-baru ini melaporkan bahawa terdapat varian baharu wabak coronavirus yang difahamkan mampu untuk menyebar COVID-19 dengan pantas. Pegawai kesihatan UK pertama kali mengenal pasti varian baharu wabak ini pada pertengahan September, kata Maria Van Kerkhove, ketua teknikal COVID-19 untuk Organisasi Kesihatan Dunia, lapor NBC News. Situasi virus bermutasi ini bagi Simon Clarke, profesor mikrobiologi selular di University of Reading di UK... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today21 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *