Tiada ibu bapa yang sanggup mendengar tangisan anaknya sendiri kan? Lebih-lebih lagi jika kesakitan atau keperitan yang dialami itu bukan datang daripada ibu bapa itu sendiri.
Itu yang berlaku kepada pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar susulan video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya mendapat perhatian ramai.
https://www.instagram.com/p/CGB12NXDh_8/
Menurutnya, isteri dan kedua-dua anak perempuannya kini diarah kuarantin selama 14 hari ekoran baharu sahaja balik dari Sabah untuk pulang ke kampung halaman mereka di Sandakan dan kebetulan tarikh tersebut jatuh pada tarikh Pilihan Raya Sabah.
“Saya beli tiket sudah lama, kebetulan pulak tarikh tu sama dengan tarikh pilihan raya,” ujar Shuk ketika ditemubual di stesyen radio tersebut.
Jelas Shuk, pada 8 Oktober genap seminggu mereka dikuarantin namun perkara tersebut amat perit baginya kerana anak sulungnya Ain yang baru berusia 4 tahun, kerap menangis merindui ayahnya.
“Ayah, Ain nak sayang ayah. Pegang tangan Ain ni..” rintihan anaknya
Dalam perkembangan lain, Shuk yang ketika ini menetap di sebuah hotel di ibu negara bagaimanapun kesal dengan segelintir pihak yang mengabaikan arahan pihak berkuasa dengan keluar ke tempat awam walaupun masih memakai gelang merah jambu.
Menurutnya lagi, beliau bertambah sedih apabila terdapat satu berita mengenai kematian membabitkan bayi berusia sebulan di Sabah akibat wabak COVID-19 baru-baru ini.
Sehubungan itu, Shuk mengingatkan orang ramai agar sentiasa amalkan kawalan kendiri, jaga jarak fizikal masing-masing serta pastikan diri sentiasa dalam keadaan yang bersih.
Post comments (0)