Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“It Was Unbearable,” Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan Kongsi Pengalaman Bersalin

today2 November 2020

Background

Hanya sekadar mahu berkongsi pengalaman melahirkan anak kedua, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan terus mendapat sokongan ramai serta dihujani ucapan tahniah.

Pengalaman berkenaan diceritakan dalam bentuk sebuah video yang dimuat naik menerusi laman YouTube miliknya baru-baru ini.

Bayi lelaki yang diberi nama Maleeq Miqayl itu dilahirkan pada 20 Julai 2019, di sebuah pusat perubatan di ibu negara secara normal.

Jom kita saksikan detik-detik cemas tersebut:-

Menerusi video tersebut, Maleeq dilahirkan di atas katil yang sama di mana kakaknya Aaira Ameena turut dilahirkan di situ.

Malah, Tya turut bersyukur dan gembira kerana doktor yang menyambut kelahiran anak sulungnya itu juga adalah doktor sama yang bertugas pada waktu tersebut.

Detik-detik manis tersebut terus dirakam sehingga Tya tidak dapat menahan kesakitan untuk melahirkan Maleeq:-

Bagaimanapun, tepat jam 2:18 petang Maleeq telah berjaya dikeluarkan secara normal walaupun pada pertengahan video tersebut menunjukkan Tya terpaksa menjalani pembedahan susulan terdapat kesulitan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah dan ada yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika berada di dalam bilik bersalin.

 

Sumber daripada: Youtube Tya Adnan

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Gol Ibrahimovic julang AC Milan

Milan: Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol akrobatik pada lewat permainan ketika AC Milan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Udinese untuk menduduki tangga teratas Serie A. Bintang veteran berusia 39 tahun itu sudah menjaringkan tujuh gol sepanjang empat perlawanan liga dan terlepas beraksi dua lagi perlawanan sebelum ini kerana positif Covid-19. Skuad bimbingan Stefano Pioli kini menduduki tangga teratas dengan mengumpul 16 mata daripada enam perlawanan, empat mata mengatasi Atalanta. "Gol... Klik […]

today1 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *