Pengarah terkenal Michael Ang ialah seorang yang aktif di media sosial dengan kerap memuat naik perkongsian yang boleh menarik perhatian ramai.
Pada 9 Februari 2021, beliau telah memuat naik satu video di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Hantaran itu menunjukkan Michael sedang mengambil darah seorang lelaki menggunakan satu kit ujian.
Namun beliau menulis pada ruangan caption:-
“Jadi doctor hari ni!
Salam semua. Alhamdullilah dah boleh shoot so hari ni kita buat covid test rapid! Kita jadi doctor! Elok n kelas tak Kalau doctor mcm ni! Hahahahhaah luv u all n stay safe”
Tindakannya dan caption yang disertakan agak mengelirukan, namun beliau menjelaskan kemudiannya bahawa video itu hanya gurauan semata-mata:-
“Aduh kau org ni! Ni video lawak aje la. Bukan test betul2 apo la! Shooting pun entah betul ke tak boleh shoot! Kita tunggu pak sabri lagi untuk bersuara! Chill la kau org kita saja nak kau org gelak!”
Sementara itu di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan aksi beliau dan kata-kata yang diungkapkan sepanjang video tersebut.
Baca artikel berkaitan: Keliru Tentang Hukum Jatuh Talak Dalam Drama, Netizen Mahu Michael Ang Terus Tanya Pada Yang Arif
Sumber: Instagram Michael Ang
Post comments (0)