Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Jujur, Dia Seorang Lelaki Yang Sangat Sweet”- Jasmine Suraya Dedah, Sufian Suhaimi Penuhi Kriteria Lelaki Idamannya

today7 October 2020

Background

Kebelakangan ini ada desas-desus mengatakan pelakon jelita Jasmine Suraya dikatakan bercinta bersama penyanyi terkenal, Sufian Suhaimi.

sufian suhaimi jasmine suraya bercinta | Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini

Tidak mengetahui apakah alasan dan kenapa dikaitkan dengan spekulasi sedang menjalin hubungan istimewa bersama Sufian, Jasmine berkata dia hanya menganggap penyanyi itu sebagai rakan selebriti yang paling rapat.

“Saya tidak tahu, kenapa orang selalu ingat saya dengan dia? Kami selesa berkawan baik sejak lebih setahun lalu.”

“Memang tiada masalah ketika berkawan dengan Sufian, cuma setakat ini kami hanya teman rapat.”

Akan tetapi, Jasmine tidak menafikan penyanyi Dimatamu itu memenuhi kriteria lelaki idamannya.

“Hampir 70 peratus kriteria ada pada dirinya. Dia memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan saya. Sufian seorang yang cukup merendah diri.”

“Saya dengan Sufian sepadankah? Jujur, Sufian seorang lelaki yang sangat sweet”

Biodata Jasmine Suraya Chin, Host Bolasepak Cantik | Azhan.co

Jasmine juga turut memuji Sufian yang dikatakan pandai menguruskan hal kewangan.

“Pada masa sama, dia juga bijak menguruskan kewangan. Misalnya jika dia ada RM10,000 dalam tangan, dia tidak mudah boros.”

“Bagi saya, itu antara ciri penting yang perlu ada bagi seorang lelaki. Seorang yang berjimat cermat, tapi tak kedekut,”

Apabila ditanya mengenai dirinya dijodohkan dengan lelaki Melayu, Jasmine mengakui tiada masalah dan tidak menolaknya.

“Saya okey saja sebab teman lelaki pertama saya dulu pun seorang Muslim. Lima tahun kami bersama, tapi tiada jodoh. Saya tidak melihat soal perbezaan agama sebagai satu masalah memandangkan rakan-rakan pun kebanyakannya Melayu.

Jasmine juga memberitahu bahawa keluarganya tidak memberikan apa-apa syarat di dalam perhubungan, cukup melihat dia gembira di sisi lelaki yang baik dan terima dirinya seadanya.

 

Sumber dari Harian Metro.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

maxresdefault (2)

Sosial

Amerika Syarikat Guna Lagu ‘Baby Shark’ Untuk Seksa Tahanan Penjara

Pada Isnin lalu, dua bekas pegawai penjara dan seorang penyelia penjara Oklahoma County dituduh menyiksa banduan penjara di sana. Semasa berkhidmat sebagai pegawai penjara, Gregory Cornell Butler Jr. dan Christian Charles Miles telah bertindak menyiksa tahanan dengan mengikat mereka di dinding dan memaksa mereka mendengar lagu ‘Baby Shark’ tanpa henti selama dua jam. Tujuan mereka melakukan perkara tersebut adalah untuk mengajar para tahanan kerana bagi mereka, tindakan tatatertib... Klik sini […]

today7 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *