Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Kacak Ni Nobody” Rasa Rendah Diri, Netizen Bagi Kata-Kata Semangat Pada Anak Bujang Dato Sri Vida

today23 December 2020

Background

Pada tahun 2020, nama Cik B semakin dikenali apabila beliau telah menceburi bidang seni nyanyian dan lakonan.

Disebabkan itu, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin semakin sibuk ke sana ke sini bagi memenuhi jemputan media.

Oleh itu, adik lelakinya iaitu Muhammad Eric Zaquan atau lebih dikenali sebagai Kacak berasa rendah diri apabila kakak dan ibunya menjadi orang hebat.

Dato’ Seri Vida ada memuat naik satu foto memaparkan screenshot perbualannya bersama dengan Kacak di aplikasi Whatsapp.

Menurut Kacak, dia berasa rendah diri kerana tidak mempunyai kebolehan seperti Cik B dan DSV.

Lebih mengejutkan apabila Kacak menganggap bahawa dia hanya bebanan kepada keluarga kerana hanya mempunyai kebolehan untuk menghabiskan wang sahaja.

Terkejut dengan luahan hati tersebut, ramai netizen meninggalkan kata-kata sokongan untuk Kacak dan turut mempercayai bahawa satu hari nanti Kacak akan menjadi orang yang berjaya seperti ibu dan kakaknya itu.

Mana tahu suatu hari nanti Kacak akan sambung legasi perniagaan DSV kan?

Sumber foto: Instagram DSV

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Alami Kecederaan Teruk Dibelakang Badan, Bayi 5 Bulan Ini ‘Dicakar’ Oleh Monyet Liar

Sementara itu, doktor juga telah memaklumkan bahawa bayi berkenaan terpaksa ditahan di wad selama 14 hari berikutan tengkuk serta badannya luka.Katanya, kuku binatang itu berkuman manakala antibodi bayi yang tidak kuat menyebabkan doktor memberikan dos vaksin rabies untuk merawatnya.Sebagai seorang ibu, Siti Nur Asikin mengakui amat sedih melihat kejadian yang menimpa bayinya itu. "Luluh hati saya melihat keadaan Zara yang tidak boleh terlentang, jadi saya tidurkannya di atas badan... Klik […]

today23 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *