Pada tahun 2020, nama Cik B semakin dikenali apabila beliau telah menceburi bidang seni nyanyian dan lakonan.
Disebabkan itu, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin semakin sibuk ke sana ke sini bagi memenuhi jemputan media.

Oleh itu, adik lelakinya iaitu Muhammad Eric Zaquan atau lebih dikenali sebagai Kacak berasa rendah diri apabila kakak dan ibunya menjadi orang hebat.
Dato’ Seri Vida ada memuat naik satu foto memaparkan screenshot perbualannya bersama dengan Kacak di aplikasi Whatsapp.
Menurut Kacak, dia berasa rendah diri kerana tidak mempunyai kebolehan seperti Cik B dan DSV.
Lebih mengejutkan apabila Kacak menganggap bahawa dia hanya bebanan kepada keluarga kerana hanya mempunyai kebolehan untuk menghabiskan wang sahaja.
Terkejut dengan luahan hati tersebut, ramai netizen meninggalkan kata-kata sokongan untuk Kacak dan turut mempercayai bahawa satu hari nanti Kacak akan menjadi orang yang berjaya seperti ibu dan kakaknya itu.
Mana tahu suatu hari nanti Kacak akan sambung legasi perniagaan DSV kan?
Sumber foto: Instagram DSV