Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Kalau Comel Macam Ni Tak Takut Pun!” Syeriv Samheizy Buat Hal Jadi Badut Seram

today30 December 2020

Background

Anak orang lain mungkin nak jadi superhero kalau menghadiri apa-apa majlis yang bertemakan costume party, tapi tidak bagi anak kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syeriv Samheizy.

Syeriv yang baru berusia 3 tahun itu nampaknya memilih untuk menjadi karakter badut Pennywise dalam filem seram berjudul IT.

Sebab mengapa Syeriv berpakaian seperti badut itu ialah bersempena dengan sambutan hari lahir anak kepada Datin Sri Zizie Izette iaitu sepupunya sendiri.

Menurut Syatilla, Syeriv memang menyukai watak Pennywise dan beberapa hari sebelum sambutan hari lahir itu diadakan, Syeriv sudah berlatih untuk membuat mimik muka bagi menghayati watak tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SyerivSamheizy B. ShaheizySam (@syeriv_samheizy)

Ramai yang berasa terhibur melihat keletah Syeriv dan tidak menyangka si kecil itu mempunyai bakat terpendam menjadi pelakon seperti kedua ibu bapanya.

Pujian tetap diberikan kepada Syeriv kerana masih kelihatan comel walaupun membawa watak menyeramkan.

Apa la agaknya karakter yang Syeriv akan bawak selepas ini ya? Risau juga…

Sumber foto: Instagram Syatilla Melvin

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (12)

Sosial

Bukan Sahaja Basikal, Netizen Gesa Laluan Motosikal Juga Diberi Perhatian

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai kemalangan kecil yang dihadapi oleh menteri dan ahli parlimen Malaysia, Khairy Jamaluddin. Ia dilaporkan berlaku sewaktu beliau melakukan aktiviti berbasikal dimana kemalangan tersebut berpunca daripada jalan yang berlubang. Disebabkan ramai yang membincangkan isu kemalangan serta jalan berlubang, seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan @Aweef ini turut menggunakan platform tersebut bagi meluahkan perkara yang sering dihadapi oleh... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today30 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *