Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kali Pertama Bergandingan, Noorkhiriah Buka Cerita Tentang Mira Filzah

today4 December 2020

Background

Mendengar nama pelakon Noorkhiriah, pasti teringat lagi akan satu adegan daripada drama Nur yang menunjukkan dia tidak mengenal sup bunjut yang digunakan dalam masakan.

Adegan melucukan itu pernah menjadi bualan ramai ketika drama berkenaan masih ditayangkan di kaca televisyen.

Pada 3 Disember 2020, pelakon tersebut telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya dengan menunjukkan gambarnya bersama pelakon Mira Filzah.

Foto tersebut memperlihatkan kedua-kedua pelakon ini kelihatan manis dan comel je.

Melalui caption, Noorkhiriah memuji wajah cantik yang dimiliki Mira Filzah serta mengagumi budi bahasa yang dituturkan pelakon itu:-

“Pandang tak jemu..cantik budi bahasa,lembut tutur kata,teratur aje ayat2 yang keluar dari mulut..comel sangat..”

Pujian yang diberikan ini menunjukkan bahawa pelakon lain juga menyenangi Mira Filzah yang lembut dalam berkata-kata.

Namun Noorkhiriah pun apa kurangnya, beliau selalu berkongsi perkara baik di Instagram yang boleh dicontohi ramai.

Dua-dua pun hebat!

Sumber: Instagram Noorkhiriah

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

20171010_nlx_homeless-13

Sosial

Singapura Nafi Dakwaan Biar Rakyat Malaysia Tidur Di Jalanan

Tidak ada pemegang pas kerja yang ditemui tidur di jalanan, ini bertentangan dengan artikel yang disiarkan mengenai pekerja Malaysia yang tiada tempat tinggal di Singapura, lapor The Straits Times. Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) semalam menafikan dakwaan laporan berita yang disiarkan oleh akhbar The New Straits Times (NST) yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia kini merempat di Singapura kerana tidak mampu untuk menyewa bilik mahupun katil.

today4 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *