Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kantoi! Aeril Zafrel Mengaku Wawa Zainal Tak Pandai Masak Tapi Tetap Terima Seadanya

today7 December 2020

Background

Kata orang, kaum wanita kalau nak kahwin kena pandai masak dulu baru boleh pihat hati suami.

Tapi macam mana pula kalau si suami mengakui isterinya tak pandai masak tetapi masih menerima dengan sepenuh hati asalkan si isteri pandai untuk cari duit?

Pelakon Aeril Zafrel dengan secara terbuka mengakui bahawa isterinya, Wawa Zainal tidak pandai memasak tetapi dia masih menerima Wawa sebagai suri hatinya itu.

Zaman sekarang ni tak kisah perempuan pandai masak ke tak, yang penting pandai cari duit. Orang lelaki ni kalau lapar dia boleh order je. Tapi kena juga pandai buat basic, masak air ke masak nasi ke kan. Macam Wawa pun, tak pandai masak saya terima je seadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Mungkin maksud Aeril ialah sekiranya ada wanita yang tak pandai masak, dia masih boleh belajar bagaimana cara untuk memasak.

Kenyataan Aeril itu telah membuatkan ramai orang menyuarakan pendapat dan pandangan sehingga menjadikan ruangan komen posting Wawa seperti platform luahan hati.

Wawa turut mengakui bahawa pada awal perkahwinan dia memang tidak pandai untuk memasak tetapi tetap berusaha untuk belajar demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sehingga la kini dia sudah boleh masak bermacam-macam jenis juadah.

At least kaum wanita ni kena juga mempunyai usaha untuk belajar memasak demi kebahagiaan suami dan keluarga sendiri.

Baca juga artikel sebelum ini:

Sambut Ulangtahun Aeril Ke-32, Wawa Zainal Beri Hint Mahu ‘Tambah’ Lagi

Pernah Tak Dapat Job Berlakon, Sifu Business Puji Sikap Wawa Zainal Yang Tak Penat Berusaha

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

collage

Sosial

Misteri Kemunculan Dan Kehilangan Monolit, Adakah Hanya Sekadar Gimik?

Kemunculan monumen logam misteri (monolit) di kawasan terpencil di padang pasir Utah, Amerika Syarikat telah mencetuskan pelbagai spekulasi. Bagaimanapun, kemunculan monolit di Utah itu bukanlah yang terakhir. Kejadian yang sama juga turut direkodkan di Romania dan California. Situasi misteri ini telah membuatkan orang ramai mula berteka teki. Pelbagai soalan mula timbul, dan kebanyakan dari mereka bertanya bagaimana ia boleh berada di sana? Siapakah yang bertanggungjawab meletakkan... Klik sini untuk baca […]

today7 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *