Menjadi seorang pengarah, penerbit atau pembikin drama dan filem bukan la satu tanggungjawab yang mudah lebih-lebih lagi sekiranya jalan cerita tersebut mempunyai unsur keagamaan.
Sebagai seorang penerbit yang terkenal dengan drama cinta dan kekeluargaan, Michael Ang telah kongsikan kemusykilan beliau terhadap isu penceraian antara di dalam drama dan dunia sebenar.
Menurut Michael atau lebih mesra dengan panggilan Mike itu memberitahu bahawa beliau berasa keliru dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu penceraian dan mengakui bimbang sekiranya beliau mendapat dosa jika perkara itu benar-benar berlaku.
View this post on Instagram
“Aku sebenarnya taknak komen pasal benda agama sebab I kan Mualaf batu, takut kena maki. Tapi sebabkan korang dah tag I dekat video tu, I kena komen lebih-lebih lagi bila perkara tu datang daripada Ustaz Azhar yang aku hormati. Adakah aku berdosa sebab buat tu? Aku dah la confuse ni!”
Disebabkan itu Mike meminta pendapat pengikutnya di media sosial untuk menjawab persoala yang sering bermain di mindanya ketika ini.
Namun dalam masa yang sama, ada segelintir pengikutnya berharap agar Mike dapat bertanyakan tentang isu tersebut kepada mereka yang lebih arif iaitu sama ada kepada mana-mana ilmuan yang lebih tahu.
da
Hal ini kerana apa yang menjadi persoalan itu ialah perkara berkaitan isu rumah tangga dan sebaliknya perlu dijawab oleh mereka yang mempunyai ilmu tentangnya.
Tambahnya itu bukan la bertujuan untuk menimbulkan kontroversi, tetapi lebih kepada rasa ingin tahu.

Bagus juga apa yang Mike buat ni, pada masa yang sama dapat menambah ilmu orang lain juga.
Diharapkan kekeliruan itu dapat dijawab dan menjadi pedoman kepada kita semua.
Sumber video dan foto: Instagram Micheal Ang
Post comments (0)