Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kena ‘Scam’ Dengan Pembeli Barang Preloved, Ini Pesanan Daripada Diana Danielle

today4 March 2021

Background

Bila orang ada niat baik untuk menjual sesuatu pada harga yang murah, jangan lah sampai kita mengambil kesempatan dengan cara mempermainkan si penjual.

Namun itu lah apa yang terjadi kepada pelakon Diana Danielle apabila beliau telah di ‘scam’ oleh seorang penjual yang sepatutnya membeli barangan preloved miliknya.

Menerusi Instagram story, Diana memberitahu bahawa beliau ada menjual baby car seat milik anaknya.

Seorang wanita telah bersetuju untuk membeli dengan harga yang murah, tetapi apabila runner sampai di lokasi yang ditetapkan secara tiba-tiba wanita tersebut membatalkan niatnya untuk meneruskan pembelian.

“I had a situation today, I nak let go barang baby car seat. I bersangka baik takde suruh orang tu bank in, nanti barang sampai baru ambil kalau nak. I make is as smooth as possible! Runner I dah sampai Kajang then dia kata suruh ke Shah Alam, once runner I dah sampai dia cancel! Awak ni tak ada hati dan perasaan ke?”

Dalam masa yang sama, Diana turut memberitahu bahawa niatnya hanya lah untuk bersedekah kerana menjual bukan la sumber pendapatannya yang utama.

Bagi Diana, beliau hanya kasihan kepada runner tersebut kerana sudah ke sana dan ke sini bersama dengan barang yang dijanjikan.

Haih, kenapa lah sampai hati buat orang macam tu sekali.

Kalau taknak boleh je cakap awal-awal, tapi jangan lah dampai menyusahkan orang lain ya.

Sumber foto: Instagram Diana Danielle

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post