Tahun 2021 merupakan tahun yang mana ramai selebriti tanah air yang akan mendirikan rumah tangga.
Namun pada usia 35 tahun, pelakon berbakat besar Sharifah Amani nampaknya masih lagi selesa hidup bujang bersama dengan keluarganya yang tersayang walaupun adik bongsunya iaitu Sharifah Aryana sudah mendirikan rumah tangga baru-baru ini.
Sebagai kakak, pastinya Amani sering dibanjiri dengan soalan cepu emas daripada rakan-rakan atau saudara maranya sendiri.
Bagi menjawab segala persoalan yang sering diterimanya itu, Amani telah memuat naik satu video pendek yang telah mencuri perhatian pengikutnya di laman Instagram.
View this post on Instagram
Pelakon drama Sindarela itu memuat naik videonya sedang menari selepas majlis pernikahan adik bongsunya itu selesai.
Sikap gila-gila dan happy go lucky Amani itu sangat disenangi oleh rakan-rakan serta ahli keluarganya sendiri.
Aksi beliau turut mencuri tumpuan pengikutnya di laman Instagram dan ada juga yang terhibur dengan persembahan tarian tersebut.
Untuk makluman, Sharifah Aryana telah mendirikan rumah tangga bersama dengan jejaka pilihannya iaitu Jad Hanif Jimmy.
Memetik daripada sebuah portal hiburan, bapa Amani iaitu Syed Zainal Rashid sempat berseloroh selepas majlis pernikahan itu selesai.
“Hanya tinggal seorang ni je la (Sharifah Amani) dan kalau ada cadangan siapa-siapa, boleh ajukan.”
Alamak, boleh jadi tak lama lagi Amani pun akan kahwin kan? Hehe!
Sumber foto dan video: Instagram Sharifah Amani
Post comments (0)