Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Kenapa Malaysia Tak Ada Drama Berkualiti?” Ini Jawapan Tenang Mimi Lana

today16 December 2020

Background

Kebanyakan selebriti tanah air gemar mengemaskini laman sosial masing-masing dengan tujuan mempromosikan drama, filem, lagu baharu masing-masing selain untuk mendekatkan diri dengan peminat.

Antara penggiat seni tempatan tersebut termasuklah pelakon Mimi Lana yang ketika ini sedang aktif mempromosikan filem baharu lakonannya menerusi sebuah stesyen televisyen.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah foto yang dimuat naik baru-baru ini telah mengundang persoalan netizen:-

Seorang pengguna Instagram telah mengajukan soalan berbunyi:-

“Kenapa di Malaysia takde drama yang berkualiti?” soal pengikutnya

Bagaimanapun, Mimi yang sebelum ini popular menerusi drama rantaian Hati Yang Tersakiti dengan tenang menjawab:-

“Terima kasih untuk bazirkan masa awak di sini, I’ll die peacefully?” ujar pengikut Mimi.

Bagaimanapun, Mimi sekali lagi membalas komen berkenaan dengan menyertakan beberapa filem atau drama yang boleh ditonton di laman Instagram Story miliknya.

Antara drama atau filem-filem yang dinyatakan termasuklah Daulat, Mukhsin, Mandatori, Sembilan, Keluarga Bahadon, The Bridge, Jibril, Black, KL Gangster Underworld dan Salon.

Sebenarnya banyak lagi filem atau drama keluaran Malaysia yang tak kurang hebatnya, cuma kadang-kadang ia kurang dihargai oleh orang awam yang lebih memilih karya antarabangsa..

 

Sumber daripada: Instagram Mimi Lana

Written by: Azra Azuar


Previous post

1-50-678×381

Sosial

Kotak Sedekah Di Kedai Runcit Jadi Sumber Dana Kumpulan Pengganas ‘Jemaah Islamiyah’

Kerajaan Indonesia mendakwa bahawa wang yang disumbangkan ke dalam kotak sedekah di kedai runcit dan kedai serbaneka telah menjadi sumber kepada kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), lapor Vice Indonesia. JI ialah sebuah kumpulan pejuang agama, berdedikasi untuk mendirikan sebuah Negara Islam di sekitar Nusantara, khususnya Indonesia, Singapura, Brunei, Malaysia, Thailand dan Filipina. Ketua Biro Maklumat Awam Bahagian Perhubungan Awam Polis... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *