Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kerana Sayang, Bella Astillah Ambil Risiko Tetap Mahu Aliff Aziz Di Sisi

today8 October 2020

Background

Hanya mahukan kebahagiaan, pelakon Bella Astillah kembali rujuk dengan suaminya, Aliff Aziz meskipun berdepan pelbagai ujian rumah tangga termasuk tohmahan netizen.

Mengakui tidak mudah untuk dirinya menghadapi ujian dan dugaan sehingga dilabel perempuan b***h, Bella berkata dia enggan melayan persepsi negatif netizen.

Turut berkongsi, Bella berani mengambil risiko melangkah kembali ke alam rumahtangga bersama Aliff Aziz bukan kerana dirinya b***h, tetapi baginya setiap manusia melakukan kesilapan.

“Mungkin ketika itu, orang terkejut bila rujuk kembali dengan Aliff. Saya bagi peluang untuk dia belajar daripada kesilapan. Tetapi ramai yang tidak suka dan mula panggil saya bodoh, perempuan gila dan macam-macam”

Tidak mahu menghukum, Bella menyifatkan apa yang dilakukan oleh suaminya itu adalah dugaan sebagai seorang manusia yang diuji, dan dia sanggup memberi peluang kepadanya.

“Siapa saya nak hukum dia? Ini kehidupan saya, semua ditanggung sendiri. Biarlah 10 peluang sekalipun saya bagi, risiko itu bahu ini yang tanggung beban. Apa pun kesilapan dia, saya yang terima buruk baik” 

Turut berkongsi, bella mengakui sebelum ini ada rakannya yang mahu dia mencari lelaki lain, bagaimanapun Bella berkata dia mengalah dan akan terus berdoa agar suaminya itu akan berubah menjadi insan yang lebih baik.

“Kita tak boleh bandingkan hidup masing-masing. Ada yang cakap, dalam dunia ini ramai lagi lelaki baik, tetapi saya tanya diri sendiri, siapa boleh jamin kebahagian kita? Bukankah itu kerja Tuhan?”

“Saya hanya mampu tawakal dan memohon agar Allah permudah usaha Aliff untuk menjadi suami dan bapa yang baik. Lain orang lain pendapat. Saya tak boleh paksa diri untuk lelaki lain”

S'porean singer Aliff Aziz & Bella Astillah get back together, expecting baby no. 2 - Mothership.SG - News from Singapore, Asia and around the world

“Mungkin dia bukan lelaki terbaik di mata orang lain, tetapi untuk saya, dia adalah suami dan bapa yang mampu pikul tanggungjawab itu. Setiap orang buat silap, asalkan dia mahu belajar daripada itu saya bersyukur,” katanya.

Ketabahan dan kesetiaan Bella boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada semua pasangan di luar sana. Kita ambil yang jernih dan buang keruh.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

BeFunky-collage (36)

Sosial

Buat Lawak Hambar DG Hisham Tidak Berseluar Ketika Sidang Media, Polis Panggil Pemilik Akaun FB MGAG

Pihak polis dilaporkan akan memanggil pemilik akaun Facebook MGAG selepas satu laporan dibuat ke atas mereka berhubung satu hantaran mempersendakan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham yang dibuat baru-baru ini.Akaun yang terkenal dalam menghasilkan troll dan lawak itu sebelum ini mencetus kekecohan dalam kalangan netizen selepas memuat naik gambar atau meme yang memaparkan Dr Noor Hisham tidak berseluar dan hanya berbaju sahaja ketika memberikan sidang media.Meme yang mencetuskan... Klik sini […]

today8 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *