Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Kerap Ditanya Kenapa Tak Pakai Mask, Ini Penjelasan Dayah Bakar

today4 February 2021

Background

Pengacara dan penyanyi Dayah Bakar kini berada di Australia setelah lebih setahun berjauhan dengan suaminya.

Pertemuan semula mereka itu sememangnya dinantikan beliau yang sudah bergelar seorang ibu kepada bayi lelakinya.

Pada 4 Februari 2021, Dayah telah berkongsi satu video di Instagram milik beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Beliau menulis pada ruangan caption:-

“Assalamualaikum semua .
Sharing with all of you a glimpse of Allah’s creation, dan hopefully buat korang rasa tenang dan a bit relax to start the day .
Bila Dayah sampai Weston Park, Dayah tak stop cakap “ Ya Allah cantiknyaaa, masha Allah subhanallah”
Looks like a painting but it’s real ?” 

Dayah berkongsi video keindahan taman yang dilawatinya di negara itu bersama dengan suami dan anak tercinta.

Memang cantik dan kelihatan sangat tenang!

Dalam pada itu, Dayah juga menjelaskan tentang persoalan yang sering diajukan kepadanya, berkenaan beliau di sana yang tidak memakai pelitup muka walaupun berada di tempat awam:-

“Anyway, Dayah dapat banyak sgt soalan tak perlu pakai mask ke dekat sini , tak ada covid ke ? Let me answer once and for all ya. Dekat Canberra dah months tak ada case Covid . Tidak perlu pakai mask , but they still practise SOP seperti social distancing , sanitize tangan selalu .( walaupun 0 case , reminder is everywhere )
I hope this explains ! ?”

Menurut Dayah, di Canberra sudah berbulan-bulan tiada kes baharu COVID-19, wah bestnya!

Semoga negara kita pun akan bebas daripada virus ini suatu masa nanti.

 

Baca artikel berkaitan: Ramai Ikut Sebak Tonton Video Dayah Bakar Bawa Anak Jumpa Suami Buat Kali Pertama

Sumber: Instagram Dayah Bakar

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Grosjean cuba nasib di Indy Car

Paris: Romain Grosjean yang hampir kehilangan nyawa selepas terbabit nahas ngeri dalam saingan Formula Satu dua bulan lalu mengumumkan akan kembali berlumba tahun ini di Siri Indy Car Amerika Syarikat tetapi tidak akan menyertai Indianapolis 500. Pelumba Perancis itu terselamat daripada maut di Grand Prix Bahrain pada penghujung November lalu apabila keretanya itu terbakar selepas terbabas pada kelajuan 220km sejam ketika pusingan pertama. Jentera Haas itu musnah hanya dalam masa […]

today4 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *