Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kes Nabil Ahmad Perli Waktu Siaran Langsung, Ini Jawapan Tenang Diva AA

today16 November 2020

Background

Sejak 15 November lalu kecoh sebentar di laman Twitter apabila ramai netizen tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dilemparkan oleh pengacara Nabil Ahmad dalam satu program hiburan tempatan.

Ketika sedang mengacara, Nabil secara tidak sengaja bercakap tentang Azwan Ali yang kini namanya disebut kembali selepas mengacara program Lagu Cinta Kita musim kedua.

Not my level okay! Bagi chance la, orang selalu pegang selfie stick, dah lama tak pegang microphone.

Walaupun tidak menyebut nama secara khusus, namun ramai menganggap kata-kata itu sememangnya ditujukan kepada Azwan Ali.

Tapi boleh jadi Nabil sebenarnya hanya bergurau sahaja dan tidak bermaksud untuk menyakitkan hati mana-mana pihak.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan ayat Nabil dan menganggap dia sebagai seorang yang tidak profesional selaku seorang pengacara yang sudah berpengalaman.

Dalam masa yang sama, netizen turut menganggap Azwan Ali sebagai seorang pengacara hebat yang perlu dicontohi walaupun ada ketika dia akan keluarkan kata-kata pedas daripada mulutnya.

Selepas isu itu kecoh, kini Azwan Ali telah memuat naik satu twit balas terhadap kenyataan Nabil itu.

Trending again, no wonder hos sangkak SRP pun tak lepas!

Tak seronok pula kalau ada isu gaduh macam ni kan, nanti lambat laun mesti akan bertemu juga sebab industri hiburan ini bukan la besar pun dan tak mustahil kalau suatu hari nanti Nabil akan bekerjasama dengan Azwan Ali kan?

Harapnya tak ada la episode balas membalas ya lepas ni, kita support each other okay!

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

[VIDEO] Bapa Menangis Teruk Bila Kucing Kesayangan Mati Dilanggar Selepas 6 Tahun Bersama

Kucing itu dikatakan mati selepas dilanggar kereta oleh ahli keluarganya sendiri secara tidak sengaja. Tapi, yang paling terkesan dengan kejadian ini adalah si ayah.Menerusi video tersebut, si ayah dilihat memegang jasad 'Milo' yang sudah tidak bernyawa itu dengan penuh erat sambil menangis teresak-esak.Lelaki itu kemudiannya membawa haiwan tersebut untuk ditanam di halaman rumah mereka.Sepanjang tempoh hidupnya 'Milo' merupakan haiwan peliharaan yang mampu memberi senyuman dan... Klik sini untuk baca artikel […]

today16 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *