Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kesilapan Bodoh Manusia, Sharnaaz Ahmad Nasihat Jangan Jadi Pencetus Cyberbully

today24 February 2021

Background

Semenjak dua menjak ini isu mengenai selebriti tempatan semakin bertambah, lebih-lebih lagi mengenai pelakon Janna Nick yang terpalit dengan isu K-pop.

Disebabkan itu, pelakon Sharnaaz Ahmad turut mengambil kesempatan untuk membuat teguran secara terbuka kepada orang ramai termasuk dirinya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad â„¢ (@sharnaazahmad)

“Banyak benda jadi, Janna Nick salah cakap, Nazim Othman pun sama dengan DJ tu sekali. Tapi sebagai manusia kita sentisa but silap, kadang-kadang tak perasan bila dah post sebab anggap sebagai gurauan.  Aku cerita sebab aku pun buat silap.”

Bagi Sharnaaz, setiap gurauan ada batasnya dan jangan sampaikan gurauan itu berlebihan sehingga menyebabkan perkara buruk berlaku.

Dalam masa yang sama, Sharnaaz turut mengingatkan pengikutnya di laman Instagram agar tidak terjebak dengan gejala cyberbully.

“Nak tegur, ada caranya tapi jangan sampai kita tutup periuk nasi dia, apa yang kita rasa lepas tu? Puas ke? Jangan contribute pada cyberbully.”

Tambahnya, sebagai netizen jadi lah seorang netizen yang supportive dan cuba untuk positive pada tempat yang betul.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu turut mengingatkan untuk tidaak menceritakan semua masalah di dalam media sosial kerana ia akan mengundang ruang untuk orang lain komen.

Padu juga ya pesanan Sharnaaz ni, semoga apa yang berlaku ini dijadikan sebagai iktibar untuk kita semua.

Sumber foto dan video: Instagram Sharnaaz Ahmad

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage-41

Sosial

Posmen Digantung Kerja Selepas Didakwa Cederakan Anjing Peliharaan Pelanggan Ketika Bertugas

Kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook berkongsi rakaman CCTV berdurasi 21 saat menunjukan seorang lelaki yang dipercayai petugas Pos Malaysia telah mencederakan haiwan peliharaan rumahnya.Menurut pemilik anjing tersebut, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan sudah membawa anjingnya ke klinik untuk sesi pemeriksaan serta rawatan.Tambah pengguna itu, anjingnya dipercayai dilastik dengan menggunakan getah dan mengakibatkan mata anjingnya terjejas.... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 February 2021