Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Kisah Lama Tidak Menghalang Erra Fazira dan Awie Untuk Kekal Bersahabat

today3 December 2020

Background

Kisah percintaan selebriti banyak kita ketahui sama ada mereka bercinta atau putus cinta.

Kisah sama pernah berlaku antara penyanyi dan pelakon Erra Fazira dan Awie suatu ketika dahulu.

Malah mereka pernah bertunang pada tahun 1996 namun jodoh mereka tidak berpanjangan.

Biarpun begitu, hal yang lalu tidak usah dikenang dan jadikan ia sebagai memori yang menjadi sebahagian asam garam dalam kehidupan.

Pada 3 Disember 2020, Erra telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Hantaran itu menunjukkan Erra memberi hadiah kepada Awie sempena ulangtahun kelahiran Awie yang telah berlalu pada 24 November.

Melalui caption:-

“Hadiah belated birthday kpd kekanda yg budiman @awieofficial ..
Alhamdulillah segala onak duri berjaya ditempuh hingga menjadikan kekanda Dt @awieofficial satu nama besar di persada seni tanahair.. Alhamdulillah.”

Selain itu, Erra juga mengucapkan tahniah kepada Awie dan isteri yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi:-

“Tahniah buat Dt n Datin yg bakal menimang cahayamata tak lama lagi.. semoga seisi keuarga sentiasa dalam rahmat Allah.. berjaya dan bahagia zahir batin, dunia akhirat.”

Bagus mereka ni mengekalkan persahabatan!

 

Sumber: Instagram Erra Fazira

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] Dua Beradik Ini Sanggup ‘Tidur’ Dalam Banjir, Demi Selamatkan 32 Kucing. Respect!

Sementara itu, Azmi berkata, rumah mereka dinaiki air kira-kira satu meter susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.Menurutnya, sebaik pulang dari pasar raya, beliau mendapati air sudah mencurah masuk ke dalam rumah."Bila sampai di rumah, ada beberapa ekor kucing berada di dalam air. Mujurlah saya sempat selamatkan, bimbang juga kalau ada yang lemas."Bermula jam 10 malam, air mula masuk ikut depan rumah. Saya dan kakak tidak sempat selamatkan apa-apa, cuma […]

today3 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *