Setiap ibu bapa pasti gembira untuk melihat perkembangan tumbesaran anak mereka sehingga ada segelintir ibu bapa yang akan kongsikan kegembiraan itu bersama yang lain.
Begitu juga dengan pengacara Awal Ashaari yang sering kongsikan keletah anak sulungnya, Lara Alana yang kini sudah berusia tujuh tahun.
30 Januari lalu, Scha Alyahya ada kongsikan Awal bersama dengan Lara menyanyi lagu Kisah Cinta Kita di laman Instagram miliknya sehingga berjaya menarik perhatian peminatnya.
View this post on Instagram
Lebih menarik lagi apabila Lara hanya menyanyi dengan biasa, namun Awal pula yang bersungguh-sungguh sambil mengerutkan dahinya.
Ada juga yang teruja dengan kecomelan anak pasangan itu dan memuji sikapnya yang bersahaja.
Rata-rata mereka yang meninggalkan komen turut teruja melihat Lara menyanyikan lagu Bahasa Melayu kerana kebiasaannya Lara kelihatan lebih gemar berbahasa Inggeris.
Biasa lah tu, nampaknya Awal macam dah lama tak pergi karaoke je ya, sebab tu excited bila dapat menyanyi.
Untuk pengetahuan anda semua, Scha kini sedang hamil lapan bulan yang dijangka akan melahirkan bayi kedua mereka pada Februari atau Mac ini.
Semoga keluarga kecil ini baik-baik sahaja selama menanti kemunculan ahli keluarga baharu!
Sumber foto: Instagram Scha Alyahya
Post comments (0)