Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lagi Selebriti Dipanggil, Shuk Pula Ke Pejabat SPRM

today25 October 2020

Background

Kebelakangan ini kita digemparkan dengan kes ‘Macau Scam’ yang melibatkan golongan selebriti bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Menurut laporan Berita Harian, ramai lagi rakan selebriti yang akan dipanggil kerana mereka diperlukan untuk membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam dan judi dalam talian.

Terbaharu, Shuk pula dipanggil ke pejabatΒ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Β TETAPIΒ bukan kerana kes pengubahan wang haram, sebaliknya untuk merakamkan muzik video mengenai pencegahan rasuah.

Haa terkejut bukan? Memandangkan kes rasuah di Malaysia semakin berleluasa, pihak SPRM terpanggil untuk membuat satu muzik video untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia tentang bahayanya rasuah ini.

Untuk anda yang tidak tahu apa itu rasuah, ia adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang individu, yang melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan, yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah ataupun diskaun.

Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.

Muzik video ini juga menampilkan Fizie dari Geng Pagi Hot sebagai penyanyi utama selain Shuk. Jom tonton!

Jadi untuk semua masyarakat di luar sana, anda tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan pemberi maklumat akan dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Flight-MH-370-may-have-gone-into-the-ocean-off-Australia-1351831

Sosial

Pakar Dakwa Temui Lokasi Nahas MH370, Mohon Pencarian Dimulakan Segera

Pakar penerbangan mendakwa mereka akhirnya telah menemui lokasi nahas MH370, yang hilang pada bulan Mac 2014 bersama-sama dengan 239 penumpang di dalamnya. Walaupun usaha pencarian telah berjalan selama empat tahun dan menelan kos sebanyak $ 200 juta (RM831 juta)Β merangkumi lebih dari 120,000 meter persegi, bangkai kapal terbang Malaysia Airlines tidak pernah ditemui dan telah mencetuskan misteri dikalangan pakar. Seperti yang dilaporkan oleh... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today25 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *