Site icon Hot FM

Lagi Selebriti Dipanggil, Shuk Pula Ke Pejabat SPRM

Kebelakangan ini kita digemparkan dengan kes ‘Macau Scam’ yang melibatkan golongan selebriti bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Menurut laporan Berita Harian, ramai lagi rakan selebriti yang akan dipanggil kerana mereka diperlukan untuk membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam dan judi dalam talian.

Terbaharu, Shuk pula dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) TETAPI bukan kerana kes pengubahan wang haram, sebaliknya untuk merakamkan muzik video mengenai pencegahan rasuah.

MAMPUS ! SPRM PANGGIL SHUK PULAK UNTUK BERI KERJASAMA TENTANG ? -ShukChannel

Haa terkejut bukan? Memandangkan kes rasuah di Malaysia semakin berleluasa, pihak SPRM terpanggil untuk membuat satu muzik video untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia tentang bahayanya rasuah ini.

Untuk anda yang tidak tahu apa itu rasuah, ia adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang individu, yang melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan, yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah ataupun diskaun.

Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.

Muzik video ini juga menampilkan Fizie dari Geng Pagi Hot sebagai penyanyi utama selain Shuk. Jom tonton!

Jadi untuk semua masyarakat di luar sana, anda tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan pemberi maklumat akan dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.

“RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA”

Exit mobile version