Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Lama Menghilang, Ibu Aiman Tino Dakwa Anaknya Telah ‘Diikat’ Seseorang

today8 February 2021

Background

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja naik cerita tentang penyanyi Aiman Tino yang dikatakan telah ‘diikat’ oleh seorang wanita…

Sebagai seorang ibu, pastinya akan timbul perasaan rindu apabila sudah lama tidak bersua dengan anak yang tersayang, Hazelina Mat Jalil nampaknya sudah tidak mampu untuk menyembunyikan lagi perasaannya.

Ibu Aiman Tino iaitu Hazelina atau lebih dikenali sebagai Riena telah memuat naik beberapa Instagram story di akaun miliknya menceritakan keadaan sebenar anaknya itu.

Difahamkan Aiman kini sudah ‘dikongkong’ oleh Fara Hanis yang merupakan teman istimewa penyanyi berusia 22 tahun itu.

Dalam masa yang sama, ‘kehilangan’ Aiman itu turut membuatkan ramai pihak media tertanya-tanya sehingga terpaksa mencari Riena sendiri untuk mengetahui keadaan penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu.

Sekitar awal Januari lalu, Riena ada meluahkan rasa rindunya terhadap Aiman sehingga terpaksa memuat naik foto lamanya berserta dengan caption yang menjadi tanda tanya ramai orang.

Namun sehingga kini Aiman masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu ini.

Malah, di laman Instagram miliknya, beliau hanya memuat naik semula foto lamanya ketika membuat persembahan.

Lebih mengejutkan, Riena turut ada memuat naik satu lagi Instagram story seolah-olah ditujukan kepada Fara memberitahu bahawa akaun Instagram milik Aiman bukan lah dijaga olehnya tetapi dijaga oleh Fara sendiri.

Apa pun, diharapkan Aiman dapat tampil ke hadapan untuk menjernihkan semula namanya di saat semua masih tertanya-tanya tentang apa yang sedang terjadi.

Sumber foto: Instagram Yusririena

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Hafizh sudah sedia sepenuhnya | Harian Metro

Kuala Lumpur: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah kini sudah bersedia memberi persembahan terbaik pada penampilan pertamanya bersama NTS RW Racing GP musim ini. Kini tiada lagi yang mengganggu apabila selamat membuang plat besi di tangannya sejak enam tahun lalu akibat daripada kemalangan di Grand Prix Valencia 2015. Bagaimanapun, Hafizh berkata, dia tidak berani menjanjikan aksi 100 peratus terbaik tapi yang pasti dia sudah bersedia untuk memberi segalanya apabila turun […]

today8 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *