Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Lama Simpan Cerita, Heliza Helmi Kongsi Video Bersama Adik Di Hospital Sungai Buloh

today29 January 2021

Background

Umum mengetahui bahawa penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi sering terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan terutamanya di Syria.

Adik HELIZA HELMI Kelu Terima Mainan Diliputi Darah Syahid ABDULLAH, Anak Kecil SYRIA Yang Mati Dibom! - Nona

Pasangan adik beradik ini banyak meluangkan masa mereka bersama dan sering berjauhan daripada keluarga demi melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.

Namun ada satu perkara yang terjadi kepada pasangan adik-beradik ini apabila Heliza ada memuat naik video beliau bersama dengan Hazwani menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Mereka dikatakan keluar dari rumah daripada awal November 2020 dan kembali ke pangkuan keluarga pada 1 Januari lalu.

Apa yang ditulis oleh Heliza itu menggambarkan seperti beliau dan Hazwani sedang menghadapi kesukaran hidup yang teramat sangat.

Macam artis illuminate... - Muat naik foto tutup sebelah mata, netizen back up Heliza Helmi | Astro Awani

“Aturan Allah itu begitu indah dan cantik. Ingat tak Kakja pernah cakap ada rahsia nak bagitau… Tapi tulah, nama pun rahsia.. Takkan nak bagitahu pula…”

Menerusi posting IGTV, Heliza memberitahu bahawa apa yang mereka hadapi itu merupakan satu pengalaman yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyebut tentang melihat ambulans keluar masuk, pendaftaran pesakit, frontliners tidak cukup rehat dan mendengar pengumuman setiap masa.

Penyanyi lagu Cuma Kamu itu turut memakai baju hospital dan memberitahu mereka dibawa ke Hospital Sungai Buloh yang mana merupakan penempatan pesakit Covid-19.

Walaupun tidak menjelaskan apa yang sedang berlaku, ada satu komen yang ditinggalkan oleh Dr. Mohd Izhar Ariff memberi bayangan bahawa pasangan adik beradik ini positif Covid-19.

Ramai turut mendoakan kesihatan Heliza dan Hazwani serta berharap agar mereka berdua dijauhkan daripada sebarang penyakit.

Sumber foto dan video: Instagram Heliza Helmi

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *