Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Lap Piala AJL34, Peminat Tetap Beri Sokongan Padu Pada Naim Daniel

today16 December 2020

Background

Tamat sudah teka-teki tentang 12 buah senarai lagu yang bakal bertarung di atas pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang akan datang.

Namun nampaknya ramai yang seperti tidak berpuas hati dengan keputusan para juri kerana kecewa beberapa lagu hebat yang lain tidak berjaya ke peringkat seterusnya.

Pada 15 Disember lalu, kelihatan bekas juara AJL34 iaitu Naim Daniel dilihat telah mengelap trofi yang diterimanya pada tahun 2019 yang lalu selepas lagunya berjudul Sembah gagal ke AJL35.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Naim turut menitipkan kata-kata semangat kepada semua finalis yang berjaya.

Disebabkan posting video di Instagram itu, ramai peminat memberikan kata-kata semangat kepada Naim supaya beliau tidak berputus asa untuk terus membuat karya yang hebat.

Dalam masa yang sama, mereka turut berharap agar lagu Purnama akan layak ke AJL36 nanti sebagai pengganti kekecewaan peminat yang tidak dapat melihat Naim membuat persembahan di atas pentas berprestij tinggi itu.

Kalah memang adat pertandingan, mungkin ini masanya untuk Naim berehat sebentar bagi memberi laluan kepadanya membuat banyak lagi karya hebat selepas ini.

Apa pun, kami di HotFM mengucapkan jutaan tahniah kepada semua finalis yang layak ke pentas AJL35!

Sumber foto: Instagram Naim Daniel & Twitter

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *