Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Lara Alana Menangis Tak Henti Nampak Ikan Peliharaan Mati

today6 November 2020

Background

Ramai di antara penduduk di muka bumi ini yang mempunyai haiwan peliharaan. Tak kisah sama ada ia kucing, anjing, arnab, kura-kura ataupun haiwan lain yang sesuai untuk dijadikan teman.

Selain untuk mengisi masa lapang, ramai yang memiliki haiwan peliharaan ini kerana minat yang mendalam terhadap menjaga atau perasaan bertanggungjawab ke atas kebajikan haiwan tersebut.

Maknanya, seseorang yang membela haiwan itu bertanggungjawab memastikan ia sihat, kelihatan bersih dan kemas serta gembira.

Sama seperti individu lain, anak sulung kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana juga mempunyai minat yang sama.

Namun baru-baru ini, beliau telah dikejutkan dengan pemergian ikan peliharaannya:-

Menurut Scha, Lara tidak boleh berhenti menangis sebaik dimaklumkan tentang kematian ikan yang dibela sejak Mac 2020.

Lebih menyedihkan apabila haiwan berkenaan yang diberi nama Sushi kelihatan terapung di permukaan air.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik juga, Scha sempat merakam gambar seakan-akan pusara buat ikan tersebut untuk dijadikan kenangan.

Walaupun ia mungkin perkara kecil bagi anda, ataupun bahan jenaka buat sesetengah pihak, namun ia tidak bagi kami di Hot FM.

Semoga Lara Alana terus kuat, tabah dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa..

Sumber daripada: Instagram Scha Al-Yahya

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

Staff ‘Usha’ Pelik Bila Masuk Butik Pakai Selipar, Lelaki Ini Pesan Jangan Pandang Rendah

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat lebih 728,000 tontonan di TikTok, remaja lelaki itu juga sempat memberi sedikit 'nota kaki' untuk semua pekerja butik branded."Aku pergi KLCC pakai selipar. So bila aku masuk kedai-kedai tu, semua tak nak layan. So, semua kedai yang tak layan aku, semua aku beli barang dia.Korang jangan pandang rendah dekat orang yang setakat pakai bodoh-bodoh tapi tak boleh beli barang-barang macam ni. Korang pun […]

today5 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *