Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Lepasni Rap Pula” Nyanyian Elly Mazlein Dipuji, Sekali Diva AA Masuk Semua Terdiam

today21 December 2020

Background

Tidak dinafikan suara Elly Mazlein atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom memang merdu bila didengar, lebih-lebih lagi kalau menyanyikan lagu bernada tinggi.

Pada 20 Disember lepas, selaku pengacara program Lagu Cinta Kita Musim ke-2, Kak Lina dan Azwan Ali atau Diva AA telah menyampaikan sebuah lagu legend nyanyian asal Ziana Zain yang berjudul Anggapanmu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Ketika awal persembahan, penonton agak teruja mendengar suara Kak Lina yang merdu.

Namun ketika Diva AA mula membuka mulut, semuanya berubah kerana terkesima dengan ‘kemerduan’ suara pengacara tersebut.

Ditambah pula dengan riak wajah selamba Kak Lina disebelah, persembahan mereka itu berjaya mencuit hati penonton serta juri.

Ramai netizen terhibur dengan keletah Diva AA dan berharap agar selepas ini beliau dapat menyanyi dalam genre yang lain pula.

Tapi rasanya dah okay kot Diva AA jadi pengacara sahaja tak perlu jadi penyanyi, hehe!

Sumber foto: Instagram Elly Mazlein

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Saravanan

Sosial

Bagaikan ‘Tin Sardin’, Pekerja Asing Ini Dihimpit Dalam Sebuah Kontena Yang Berbau Hancing

Umum tahu Malaysia sememangnya lubuk buat warga asing mencari rezeki. Lambakan syarikat yang menawarkan pekerjaan beserta tempat tinggal buat golongan ini antara yang menarik minat warga asing berkhidmat di Malaysia. Malah, tidak mengejutkan apabila sudah terdapat warga asing yang sudah membina keluarga di Malaysia. Di sebalik lambakan kerja di Malaysia, keadaan dan tempat tinggal bagi golongan ini nyata turut mengejutkan ramai apabila didapati golongan ini sekadar ditempatkan di dalam... Klik […]

today21 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *