Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Letak 10 Peraturan Untuk Anak-Anak, Ramai Puji Dapur Sheila Rusly Kemas

today5 January 2021

Background

Kata orang kalau dapur kita bersih dan cantik, confirm asyik rajin je nak ‘berperang’ dekat dapur tu kan.

Tapi apa gunanya dapur yang cantik kalau dibiarkan begitu sahaja, takkan taknak masak pula kan?

Disebabkan mempunyai dapur masak yang cantik, penerbit Sheila Rusly nampaknya telah meletakkan beberapa syarat kepada anak-anaknya iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail serta dua lagi ‘anak segeranya’ iaitu Elisya Sandha dan Ozlynn Waty.

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, Sheila telah menetapkan beberapa undang-undang yang perlu dipatuhi selepas menggunakan dapur kesayangannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

Terdapat sebanyak 10 undang-undang yang telah ditetapkan dan jika ada sesiapa yang gagal untuk mengikutinya, bakal menerima tindakan keras.

Dalam masa yang sama, ramai juga terhibur dengan keletah anak beranak ini dan turut sempat memuji kekemasan dapur yang dimiliki oleh penerbit drama Kapten Zana ini.

Sheila memang terkenal dengan sikap rajinnya yang gemar memasak dan semestinya dapur merupakan ruang kegemarannya, sebab tu la kena selalu kemas!

Kalau dapur cantik macam ni, siapa je yang berani nak kotorkan?

Sumber foto: Instagram Sheila Rusly

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Jair Bolsanaro Brazil Vaccine

Sosial

‘Jika Anda Bertukar Menjadi Buaya Itu Masalah Anda’, Presiden Brazil Beri Amaran Kesan Sampingan Vaksin

Mulai menyerang dunia pada tahun lalu, pandemik yang memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dan ekonomi dunia ini nampaknya dijangka bakal dapat disekat melalui penawaran vaksin yang menyeluruh tidak lama lagi. Dalam pada itu, kehadiran vaksin daripada beberapa syarikat pengeluar nampaknya masih diragui beberapa pihak memandangkan vaksin yang ditawarkan masih belum dibuktikan mampu menawarkan keberkesanan secara menyeluruh buat orang ramai. Antara yang mencuri perhatian... Klik sini untuk baca artikel […]

today5 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *