Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Letak Wajah Pada Sumbangan Mangsa Banjir, Ada Yang Pertikai Usaha Siti Nurhaliza

today8 January 2021

Background

Pada ketika ini, ramai rakyat Malaysia yang prihatin telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri yang terjejas.

Antara individu berpengaruh yang meghulurkan bantuan ialah barisan selebriti termasuk penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang merupakan anak jati Kuala Lipis, Pahang.

Sebagai penduduk asal Pahang, Siti atau mesra disapa dengan panggilan Tok Ti terpanggil untuk memberi bantuan kepada penduduk di sana ditambah pula dengan keadaan yang semakin teruk.

Dalam masa yang sama, Tok Ti turut berasa bimbang kerana ibunya, yang dikenali sebagai Mak Salmah turut terperangkap di kediamannya di Kuala Lipis.

Disebabkan keadaannya yang kini sedang hamil lima bulan, Tok Ti tidak dapat turun ke kawasan yang terjejas dan disebabkan itu beliau meminta kakak iparnya, Rozi Abdul Razak untuk mewakilkan dirinya untuk memberi bantuan kepada penduduk tempatan.

Namun ada pula segelintir netizen mengecam tindakan Tok Ti meletakkan sticker wajahnya pada kotak bantuan yang diberikan kepada penduduk kampung.

Menurut mereka, sticker itu tidak seharusnya diletakkan pada kotak tersebut kerana dianggap bantuan yang dihulurkan itu tidak ikhlas.

Tetapi ada juga yang bersetuju dengan tindakan pihak Tok Ti meletakkan sticker tersebut kerana bantuan yang diberikan itu merupakan wang persendirian Tok Ti sendiri dan itu merupakan bukti beliau prihatin terhadap penduduk kampungnya di Kuala Lipis.

Apa pun, tak kisah la ada sticker atau tidak, asalkan bantuan itu sampai kepada mereka yang sepatutnya.

Sama-sama kita doakan semoga keadaan banjir di kawasan terjejas akan pulih dengan secepat mungkin.

Sumber foto: Instagram Siti Nurhaliza

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

replica-noahs-ark-israel-johan-huibers-2-5bfe8d490638e__700

Sosial

Kisah Tukang Kayu Bina Replika Bahtera Nabi Nuh Selama 7 Tahun

Lelaki ini telah terinspirasi daripada membaca kitab suci dalam membina replika kapal Nabi Nuh yang digunakan untuk menyelamatkan manusia dari banjir besar. Namanya adalah Johan Huibers, dia bekerja sebagai tukang kayu di Belanda. Difahamkan, dia membina bahtera Nabi Nuh ini mengikut spesifikasi yang ada di dalam kitab suci. Dia mula membina replika bahtera Nabi Nuh ini setelah dia bermimpi mengenai satu banjir besar yang melanda Belanda. Lalu selepas... Klik sini […]

today8 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *