Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Like & Unlike Foto Nur Fatima Aisya, Netizen Harap Neelofa Berbaik Dengan Fazura

today11 November 2020

Background

Umum sebelum ini sudah mengetahui bahawa pelakon Fattah Amin pernah menjalinkan hubungan bersama dengan pengacara Noor Neelofa tapi disebabkan tiada jodoh, hubungan itu berakhir di tengah jalan dan Fattah pula mendirikan rumah tangga bersama dengan Nur Fazura.

Hubungan antara Neelofa bersama dengan Fattah dan Fazura juga agak tegang suatu ketika dahulu tetapi kini nampaknya semua sudah kembali normal.

Agak mengejutkan apabila didapati Neelofa telah menekan tanda suka pada gambar puteri kesayangan Fattah dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya yang telah dikongsikan oleh akaun Instagram salah satu rancangan yang pernah dikendalikan oleh Neelofa sebelum ini.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan menyifatkan Neelofa sudah dapat move on daripada kisah cinta lamanya itu disebabkan dia kini juga sudah bergelar tunang kepada PU Riz.

Namun selepas diperiksa semula, nampaknya sudah tidak ada pula ‘jejak’ yang ditinggalkan oleh pengacara tersebut di akaun Instagram berkenaan.

Tak mengapa la, asalkan sekarang semua sudah bahagia dengan kehidupan masing-masing kan.

Mana tahu selepas ini Neelofa dan Fazura akan berkawan baik? Kita doakan yang baik-baik sahaja okay.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage – 2020-11-11T174040.928

Sosial

Kisah Ringkas Di Sebalik Gambar Pelumba ‘Mountain Bike’ Serba Kekurangan Di Kemboja

Sejak semalam tular satu perkongsian di media sosial beberapa gambar seorang kanak-kanak lelaki yang menyertai perlumbaan basikal mountain bike bersama peserta-peserta lain. Gambar berkenaan mencuri perhatian selepas penampilannya yang kelihatan serba kekurangan jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain. Bukan sahaja menggunakan basikal yang kelihatan lama namun dia juga tidak memakai kelengkapan keselamatan seperti topi keledar dan juga kasut.

today11 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *