Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Linda Rafar Sebak, Temui Diari Arwah Anaknya Setelah 6 Tahun Pergi Buat Selamanya

today14 December 2020

Background

Kehilangan insan tersayang adalah satu kesedihan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Pada 14 Disember 2020, penyanyi dan pelakon, Linda Rafar telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Untuk pengetahuan, Linda telah kehilangan anak sulungnya iaitu Rezaimen Keiflin Keifli pada 2014 akibat kanser yang dihidapi.

Perkongsian daripada Linda itu memberitahu bahawa beliau menemui diari yang ditulis anaknya yang digelar sebagai Memen.

Melalui caption, Linda ada menulis:-

“Allahuakbar!!!

after 6 years memen tinggalkan ma.. ma terjumpa balik diary yg memen tulis.. ada nama adikbradik,ada cter2 yg tersurat n tersirat .. segala luahan rasa hati memen semua ada dlm diary ni?

Mama sebak sgt ni .. x tau nk ckp mcmne men.. cuma mcm ada sesuatu yg ma rasa men nk ma sampai kan pd semua followers mama Di sini..”

Dalam pada itu, Linda menyatakan bahawa beliau akan berkongsi kandungan daripada diari tersebut, dan bertanya kepada pengikut Instagramnya jika ada yang mempunyai pengalaman sama sepertinya:-

“Nanti linda akan share apa yg ada dlm diary ni.. tp sebelum linda cter .. linda nk tau ada followers linda kehilangan org yg dicintai dah terjumpa barang2 peningalan arwah?? Bole share tak apa yg u all rasa masa terjumpa?? Plsss share…”

Di ruangan komen pula, ramai yang meninggalkan komen menceritakan tentang kisah mereka.

Semoga Linda terus kuat melewati hari-hari yang mendatang walaupun rasa kehilangan itu masih terasa.

 

Sumber: Instagram Linda Rafar

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] Tak Sampai Sehari Keluar Kedai, Gadis Ini Pasrah Kereta Baru Kemek Dilanggar Lori

Kegembiraannya itu tidak bertahan lama apabila dia terlibat dengan satu insiden di jalan raya dengan sebuah lori.Apa yang lebih menyedihkan, keretanya itu turut mengalami kerosakan besar pada bahagian pintu belakang.Namun, selepas berbincang dengan individu yang terlibat, dia terus membuat laporan polis bagi tujuan tuntutan insurans.Meskipun dalam keadaan sedih, tetapi dia percaya atas hikmah dan ujian yang telah berlaku kepada dirinya.

today14 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *