Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Lucu! Sempena PKP Kali Kedua, Elizabeth Tan Edit Video Lagu ‘Semua Sudah’

today13 January 2021

Background

Tanggal 13 Januari merupakan tarikh yang sangat menghantui ramai penduduk Malaysia lebih-lebih lagi pada mereka yang berada di enam buah negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sempena hari pertama PKP 2.0, penyanyi tinggi lampai Elizabeth Tan mengambil peluang untuk menghiburkan peminatnya dengan menyunting sedikit Music Video lagu Semua Sudah nyanyiannya.

Suntingan itu membuatkan ramai berasa terhibur kerana terdapat beberapa perkara yang mencuit hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Antaranya ialah perkataan PKP, PKPB, PKPP serta PKPD dan tidak ketinggalan gambar dalgona coffee, roti buku Gardenia, kek batik dan juga aplikasi TikTok yang sering menemani kita ketika PKP pertama pada tahun 2020 yang lalu.

Ramai peminat terhibur serta ada juga yang sempat bergurau mengatakan bahawa mereka belum sempat kahwin sebelum PKP 2.0 dijalankan pada tahun ini.

Gembira tu gembira juga, jangan lupa ikut semua SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa ya!

Sumber video dan foto: Instagram Elizabeth Tan

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage-45-2

Sosial

‘Tweet’ Silam Kembali Tular, MCMC Padam Akaun Rasmi Di Twitter

Susulan pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP) dan pengisytiharan darurat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah memberi peringatan agar semua pihak menjaga ‘kesopanan dan kesusilaan’ ketika menyuarakan pandangan. Oleh itu, MCMC telah memberikan peringatan dalam satu kenyataan iaitu sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Sabit kesalahan boleh... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *