Lama menyepi daripada dunia seni, 7 Disember lalu muncul pula wajah penyanyi Dafi di aplikasi TikTok tetapi lain pula yang menjadi perhatian warganet.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri sebelum ini terkenal dengan lagu Bila Terasa Rindu itu kelihatan kurus daripada biasa.
Melalui video yang dimuat naik oleh Dafi, memang jelas menampakkan sosok badannya yang agak kurus kerana sebelum ini Dafi mempunyai bentuk badan normal dan tidak la sekurus seperti di dalam video tersebut.
@dafiismailsabriIf only this was true..hahaha… ##DalamMimpi ##howolddoilook♬ original sound – Mariana Gemelgo
Ada segelintir netizen meninggalkan komen memberitahu bahawa agak terkejut dengan penampilan terkini Dafi.
Bukan itu sahaja, ada juga yang hampir tidak mengenali anak kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini.
Namun selepas diteliti dengan lebih jelas, kemungkinan Dafi nampak agak kurus disebabkan filter yang terdapat di aplikasi TikTok sendiri.
Hakikatnya jika dilihat di laman Instagram, badan Dafi tidak la kurus seperti yang dilihat di TikTok.
Sumber foto: Instagram Dafi Ismail Sabri
Post comments (0)