Nama Daiyan Trisha sememangnya sudah dikenali ramai sebagai seorang pelakon, penyanyi, penulis lirik dan juga salah seorang selebriti tempatan yang sering memperagakan pakaian jenama antarabangsa.

Namun ada pula cerita yang tidak sedap didengari tentang penyanyi yang kini sedang rapat bersama dengan pelakon Ben Amir ini.
Daiyan dikatakan ‘meniru’ gaya seorang personaliti media sosial dan usahawan yang dikenali di laman Instagram itu.


Ada sumber yang mengatakan bahawa Daiyan sering memuat naik foto seakan-akan gaya yang sama dengan influencer tersebut serta beberapa pakaiannya juga kelihatan sama sahaja.
Dalam masa yang sama, carian di laman Twitter turut ada beberapa twit mengatakan Daiyan seakan-akan meniru influencer tersebut sehingga membuatkan mereka berasa keliru dengan gaya kedua-duanya.

Tidak hanya terhenti di situ, pada tahun 2020 yang lalu, influencer tersebut pernah memuat naik satu twit tentang sikap suka meniru gaya orang lain menunjukkan bahawa seseorang itu tidak mempunyai keaslian dalam dirinya sendiri.

Jika dilihat melalui foto yang disertakan di atas turut menunjukkan terdapat beberapa pakaian serta gaya OOTD seakan-akan sama.

Mungkin Daiyan menjadikan influencer tersebut sebagai idolanya dalam berfesyen, siapa tahu kan?
Sumber foto: Instagram dan Twitter
Post comments (0)