Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Makin ‘Mengganas’, Komen Erul Samah Ada Di Mana-Mana…

today5 February 2021

Background

Nama Erul Samah mungkin asing bagi sesetegah orang tetapi jika anda mengikuti mana-mana sosial media selebriti atau portal hiburan tempatan, mesti anda akan terjumpa dengan komen Erul ini.

Boleh dikatakan di mana-mana sahaja kini anda akan ternampak komen daripada Erul yang juga merupakan penyanyi ini.

Beliau sering menjadi yang pertama meninggalkan komen di posting rakan selebriti atau mana-mana Instagram portal hiburan tempatan.

Erul mula dikenali selepas beliau memasuki program realiti Mentor pada tahun 2009 dan pernah membuka butik pakaian jenamanya sendiri.

Namun kini, penyanyi lagu Teristimewa itu kelihatan seperti sudah menjadi seorang personaliti media sosial selepas ramai berebut untuk menjadi yang pertama meninggalkan komen sebelum dirinya.

Mungkin dengan cara ini dapat menaikkan semula namanya dan pada yang tidak mengenali dirinya akan mula tertanya-tanya siapa agaknya Erul Samah ini.

Bagus ya cara marketing diri sendiri, lain daripada yang lain!

Semoga dengan cara ini akan membuatkan ramai lagi mengenali diri Erul Samah!

Sumber foto: Instagram

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Ini 15 Senarai Keperluan Yang Boleh Dibawa Jika Anda Diarah Kuarantin Di MAEPS. Penting!

Hal ini bertujuan untuk mereka mendapatkan rawatan yang penuh sehingga betul-betul pulih dan pada masa yang sama dapat membendung wabak ini dari berterusan menular.Buat anda yang pertama kali diarah untuk dikuarantin di MAEPS sudah pastinya perlu membawa barangan peribadi serta keperluan harian supaya berasa selesa sepanjang berada di sana.Walau bagaimanapun, mungkin dalam keadaan kelam kabut dan tidak bersedia untuk dikuarantin jauh dari rumah membuatkan anda agak serabut serta tidak... Klik […]

today4 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *