Agak-agak berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab soalan sifir bagi anda semua?
Ada yang mampu jawab soalan sifir itu kurang daripada masa 30 saat seperti anak buah pelakon Mira Filzah ini tak?
View this post on Instagram
Mira menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah memuat naik satu video pendek menunjukkan anak buahnya yang bernama Umar Muhammad Izzat Haziq menjawab soalan Matematik yang diberikan oleh bapanya dan si cilik itu berjaya menyelesaikan soalan tersebut dalam masa yang singkat.
Video itu telah mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mahu belajar cara untuk menjawab sifir dalam masa yang singkat seperti yang dilakukan oleh Umar.

Dalam masa yang sama, mereka turut teruja melihat keletah Umar yang baru berusia 5 tahun itu
Sebelum ini, Mira pernah memberitahu bahawa Umar telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke The Anderson School Citywide Gifted & Talented di New York iaitu salah satu sekolah yang terbaik di sana.
View this post on Instagram
Walaupun masih kecil, Umar tetap petah bercakap tetapi bukan dalam Bahasa Melayu, sebaliknya dalam Bahasa Inggeris.
Ini ialah kerana kakak sulung Mira, iaitu Ain Farhanah menetap di New York dan disebabkan itu bahasa utama bagi si kecil itu ialah Bahasa Inggeris.
Tahniah kepada ibu bapa Umar yang berjaya mendidik si kecil itu menjadi bijak seperti demikian!
Post comments (0)