Pada 31 Januari 2021, tersebar khabar gembira tentang pertunangan pelakon Elisya Sandha dengan Uzair Haqimy yang juga anak kepada pasangan pengarah dan penerbit Sheila Rusly serta Jinggo.
Majlis pertunangan yang tidak dikhabarkan kepada umum terlebih dahulu itu bagaimanapun mendapat reaksi positif apabila rata-rata netizen tumpang gembira dengan perkembangan itu.
Pada 1 Februari 2021, kenalan rapat Sheila Rusly iaitu Maria Tunku Sabri telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.
Hantaran itu memberitahu tentang beliau yang menjadi antara kenalan yang merahsiakan perkara itu untuk 3 minggu.
Maria menulis pada ruangan caption:-
“Akhirnya ringan bahu kami kan Sharifah Shahora simpan rahsia merisik 3 minggu naik senget bahu?????
Syukur alhamdullillah semalam selesai sudah majlis merisik tahniah Datuk Seri Paduka Wira Hjh Sheila Rusly bakal timang menantu?????
I dengan Shahora dah setuju pegang tugasan escort Haq jalan ke pelamin saja kami tak reti rebus telur?????
Tahniah @uzairhaqimy69″
Majlis pertunangan yang disebut sebagai majlis merisik oleh Maria itu diadakan secara tetutup sahaja.
Oleh itu, wajarlah ia dirahsiakan sebelum berlangsungnya majlis pada hari kejadian.
Sementara itu, Sheila mengucapkan terima kasih buat sahabatnya atas pertolongan mereka:-
“Alhamdulillah tq sahabat @mariajjcm@sharifahshahora❤️❤️❤️”
Semoga langkah Elisya dan Uzair untuk bergelar suami isteri pula nanti dipermudahkan.
Baca artikel berkaitan: Muat Naik Foto Solat Jemaah, Elisya Sandha Kini Tunangan Anak Sheila Rusly
Sumber: Instagram Maria Tunku Sabri dan Sheila Rusly
Post comments (0)