Nampaknya pelakon Elisya Sandha kini sudah ‘lulus ujian’ untuk menjadi ahli keluarga penerbit Sheila Rusly dan Jinggo.
Elisya yang juga adik kepada pelakon Fasha Sandha kini sedang menjalin cinta bersama dengan salah seorang anak Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.
Seperti yang kita ketahui, Sheila sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan beberapa rakan artis antaranya bersama dengan Ayda Jebat, Ozlynn Waty dan ramai lagi.

Menerusi posting Sheila, Elisya sedang sibuk membuat karipap sambil diperhatikan oleh Sheila.
Sebelum ini, Elisya juga sering membawa lauk pauk dan menunjukkan skill memasaknya di rumah Sheila untuk dihidangkan untuk keluarganya di rumah.
Rata-rata pengikut Sheila di Instagram kelihatan teruja melihat Elisya menunjukkan skill memasaknya serta turut tidak sabar untuk merasai masakan Elisya sendiri.
Sebagai kakak, Fasha sendiri mengakui bahawa karipap sardin yang dimasak oleh Elisya itu sangat enak!
Menjengah di laman Instagram Elisya pula, Sheila memberitahu bahawa selepas ini beliau akan mengajar Elisya memasak nasi mandy pula.
Lepas ni boleh la buat segmen memasak antara Elisya dengan Sheila kan?
Baca juga artikel sebelum ini:
Dah Dapat Green Light, Sheila Rusly Restu Hubungan Elisya Sandha Dengan Anaknya
Sumber foto: Instagram Elisya Sandha dan Sheila Rusly