Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Masih Bercakaran Hingga Kini, Masalah Zarina Anjoulie Dan Fara Mendoza Masih Belum Selesai!

today21 October 2020

Background

Jangan ingat golongan selebriti ni tak ada yang bercakaran sesama sendiri, ada je tau cuma tak ada la kecoh sangat sampai scene tarik rambut.

Pada 21 Oktober lalu, pelakon Fara Mendoza ada membuat satu video live di laman Instagram miliknya sambil mengecam tindakan bekas pelakon sensasi, Zarina Anjoulie.

“Kesian orang macam ni, apa la masalah hati dia, lucu kan. Sebenarnya video ni ada orang sent dekat saya di DM, kenapa bila live nak kena cakap pasal saya?”

Sesi live itu telah disaksikan oleh ramai netizen sehingga ada yang cuba untuk menambah minyak di dalam api yang sedang membara.

Sebelum Fara membuat live di Instagram, Zarina terlebih dahulu sudah membuat live berkenaan dan isi kandungan live dia ada menyebut tentang kehidupan peribadi Fara.

“Be**** ni ingat aku sakit hati dengan dia. aku ni pun ada orang nak kawin dengan aku, dia tu tak ada siapa nak kahwin dengan dia. Kau tak kerja, mana datang duit tu.”

Berang dengan kata-kata itu, Fara cuba untuk membalas semula di dalam live Instagram miliknya sehingga mengakitkan tentang suami kepada Zarina sendiri.

Maka pergaduhan mulut itu bertambah merumitkan apabila masing-masing tidak mahu kalau dengan kata-kata pedas.

Namun pagi ini Fara sudah pun memadam semula posting Instagram live miliknya setelah video itu ditonton oleh hampir 65,000 kali.

Dalam masa yang sama, Zarina pantas memuat naik posting balasan balik buat Fara yang ada menyebut tentang kehidupan Zarina bersama dengan suaminya.

Orang gelakkan laki aku niaga macam ni, tak apa la kalau setakat pakai BMW tapi kena panjat pagar tak guna juga.

Untuk makluman, sebelum ini kedua-dua pelakon ini pernah bergaduh besar sehingga kes mereka dibawa ke mahkamah.

Kes pergaduhan yang berlaku pada sekitar bulan Jun itu telah menyebelahi Fara apabila dia telah memenangi kes saman malu atas penyebaran gambar bogel dan juga tuduhan menggugurkan anak.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (72)

Sosial

Berpeluh Seperti Bekerja Dalam Hujan, Tonton Apa Yang Berlaku Bila ‘Frontliners’ Tanggalkan PPE

Frontliners atau petugas barisan hadapan seperti pegawai kesihatan dan keselamatan adalah antara kumpulan yang paling sibuk dengan tugas masing-masing pada tahun ini apabila berhadapan dengan COVID-19. Tatkala orang ramai berada di rumah dan mematuhi arahan kerajaan untuk mengelakkan penularan wabak membunuh ini, mereka pula terpaksa memikul tanggungjawab besar untuk menghentikan penularan wabak ini. Jika sebelum ini kita sering membaca perkongsian-perkongsian berkenaan cabaran yang... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today21 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *