Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Mawar Rashid Kongsi Foto Berpantang Hari Ke-20, Bentuk Badannya Ini Mendapat Perhatian

today23 January 2021

Background

Pelakon Mawar Rashid telah melahirkan cahaya mata kedua pada 2 Januari 2021 lalu.

Bayi perempuan yang diberi nama Raden Seri Rossabella Cinta itu menjadi penyeri rumah tangganya bersama suami, Raf Yaakob.

Pada 22 Januari 2021, Mawar telah berkongsi satu hantaran di Instagram miliknya yang menunjukkan foto dirinya dan bayi pada hari ke-20 berpantang.

Melalui caption:-

“Pantang day 20,
Puteri Raden Seri terCinta..
@rossabellacinta
Alhamdulillah semua dipermudahkan urusan untuk menjaga Cinta.. Kesihatan Cinta.. terima kasih sayang mudahkan Mommy, Papa, Abai, ibuwan dan semua untuk menjaga Cinta..”

Perkongsian tersebut menceritakan tentang Cinta yang mudah untuk diuruskan.

Mawar juga bersyukur kerana urusannya dan suami dalam membesarkan bayi perempuan itu dipermudahkan.

Selain itu, Mawar juga mendoakan agar bayi tersebut dapat dibesarkan dengan rahmat Allah:-

“Ya Allah Ya tuhanku.. semoga kami dapat membesarkan anak dengan penuh rahmatmu Ya Allah ? Amin YRA”

Dalam pada itu di ruangan komen pula, ramai yang menulis pandangan mereka berkaitan bentuk tubuh Mawar yang kelihatan sudah kurus selepas melahirkan, wah!

 

Baca artikel berkaitan: “We Did It Cinta” Luah Rasa Syukur, Mawar Rashid Berjanji Akan Pegang Amanah Sebaik-Baiknya

Sumber: Instagram Mawar Rashid

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Sultan Selangor Kongsi Kisah Kucing Terbiar ‘Snowy’ Yang Dijaga Sejak 4 Tahun Lalu. Comel!

Perbezaan di antara manusia dan haiwan ialah akal dan keupayaan bagi berfikir secara rasional. Maka manusia haruslah menggunakan kelebihan akal yang diberikan untuk kebaikan. Begitu juga dengan kisah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berkongsikan cerita bagaimana berjumpa dengan seekor kucing terbiar di kediaman baginda. Menerusi posting Facebook yang dimuat naik Selangor Royal Office oleh pihak Istana Alam Shah, seekor kucing terbiar yang dinamakan Snowy itu... Klik sini […]

today23 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *