Tak dinafikan, pelakon Tiz Zaqyah sememangnya mempunyai senyuman dan lirikan mata yang menawan ditambah pula dengan kemanisan tahi lalat di bibirnya itu.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak baru sahaja kongsikan beberapa keping foto ketika dirinya masih kecil.
Senyuman manis Tiz telah membuatkan ramai teruja dengan kecantikan yang dimiliki oleh pelakon berusia 33 tahun itu.

Perkongsian itu telah membuatkan ramai pengikutnya memuji bahawa Tiz sememangnya sudah nampak cantik dan comel ketika kecil lagi.

Dalam masa yang sama, Tiz turut memberitahu bahawa ketika kecil beliau pernah menangis kerana tak dibenarkan untuk memakai kasut tumit tinggi milik ibunya.

Namun, cita-cita Tiz untuk memakai high heels sudah tercapai apabila beliau kini bergelar pelakon dan perlu sering memakai kasut tumit tinggi ketika menjalani pengambaran.
Orang kata kalau daripada kecil dah cantik, besar pun cantik agaknya dah tua nanti bertambah cantik la kan?
Sumber foto: Instagram Tiz Zaqyah
Post comments (0)